
PETALING JAYA: Seorang pesara guru tadika berbangsa Cina, yang dikenali kerana membesarkan seorang kanak-kanak beragama Islam, yang ditinggalkan ibunya, mengikut ajaran Islam, menjadi antara penerima Anugerah Maulidur Rasul tahun ini.
Chee Hoi Lan, 83, menerima anugerah dalam kategori Ikon Ibu Sejati-Keluarga Malaysia.
Chee bersendirian membesarkan anak angkatnya, Rohana Abdullah sebagai orang Islam, selepas dia ditinggalkan pada usia dua bulan oleh ibunya, seorang pembantu warga Indonesia di tadika tempat Chee bekerja.
Ketika membesarkan Rohana, Chee sedar bahawa masalah bangsa dan agama akan timbul dan beliau bekerja keras untuk memastikan Rohana tidak kekurangan dari segi didikan sebagai orang Islam.
Beliau mendaftarkan Rohana untuk Kelas Asas Fardu…