
PUTRAJAYA: Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Mohd Na’im Mokhtar menasihati individu atau jemaah membetulkan niat ketika mengunjungi Tanah Suci, semata-mata untuk beribadat.
Beliau berkata, niat selain tujuan ibadat dikhuatiri bukan sahaja berpotensi menjejaskan ibadah, tetapi boleh mencalar nama baik negara.
“Sebab itu, saya kata bila niat untuk tujuan ibadah, saya bimbang kalau ada niat yang lain, nak buat pertunjukan silat dan sebagainya, ia akan ‘ganggu’ kita daripada niat asal untuk melakukan ibadah. Ia dibimbangi menjejaskan nama baik negara.
“Nasihat saya kepada mereka yang nak kunjungi atau ziarah ke Masjidil Haram atau Masjid Nabawi, perbetulkan niat masing-masing, kita tumpukan ibadah,” katanya kepada pemberita selepas menyempurnakan pelepasan peserta acara larian sempena program Majlis Agama…