Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini.
BG Pathum United berjaya meraih kemenangan pertama dalam kempen Liga Juara-Juara Konfederasi Bola Sepak Asia (ACL) 2022 zon Timur selepas menundukkan Jeonnam Dragons 2-0 pada aksi yang berlangsung di Leo Stadium, Pathum Thani sebentar tadi.
Masih segar dengan kejayaan mengikat Melbourne City FC pada aksi sulung tempoh hari, pasukan tuan rumah mempamerkan aksi bertenaga dengan lebih banyak memberikan tekanan buat skuad kendalian Jeon Kyung-joon itu.
Ia jelas dibuktikan apabila BG Pathum United memperoleh tiga peluang terbaik untuk membuka tirai jaringan pada separuh masa pertama tetapi penjaga gol Jeonnam Dragons, Kim Da-sol kental bertahan bagi mengelakkan gawangnya daripada dibolosi.
Da-sol bagaimanapun tidak mampu untuk mengekalkan kecemerlangan ketika permainan memasuki minit ke-51 selepas beliau gagal memintas hantaran lintang dari sebelah kanan pintu gol dilakukan Worachit…