
KUALA LUMPUR: Bekas naib presiden PKR, Tian Chua menyerahkan kepada pengundi bagi menilai calon PKR, P Prabakaran sama ada sesuai menjadi Ahli Parlimen Batu pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15).
Tian Chua berkata, Prabakaran memenangi PRU 2018 dengan sokongannya dan kini beliau perlu meyakinkan pengundi berdasarkan rekod prestasinya sebagai Ahli Parlimen.
“Kini, beliau (Prabakaran) perlu mendapatkan mandat rakyat sendiri,” kata Ahli Parlimen Batu dari 2008 hingga 2018 itu. Beliau gagal mempertahankan kerusi itu selepas pencalonannya ditolak pada hari penamaan calon.
Prabakaran menyertai PKR selepas memenangi kerusi itu atas tiket bebas. Beliau dinamakan PKR untuk mempertahankan kerusi itu menyebabkan Tian Chua bertanding sebagai calon bebas.
Parlimen Batu akan menyaksikan…