
PETALING JAYA: Ahli Parlimen Labuan Suhaili Abdul Rahman menyerahkan kepada polis untuk menyiasat mengenai dakwaan wujud elemen ugutan oleh kerajaan bagi mendapat sokongan empat wakil rakyat Perikatan Nasional (PN) termasuk dirinya.
Bercakap kepada FMT, Suhaili mengalu-alukan laporan polis dibuat Bersatu yang disifatkannya mampu menjawab segala tuduhan dilemparkan terhadapnya oleh pelbagai pihak sebaik memberikan sokongan kepada Perdana Menteri Anwar Ibrahim, penghujung bulan lalu.
Tegasnya, beliau berpegang kepada pendiriannya bahawa beliau tidak pernah diugut atau disogok untuk menyokong Anwar.
“Biarlah dia (Bersatu nak buat laporan polis), biar polis buat kerja, kita nak takut apa kita tidak ada buat apa-apa pun.
“Kamu (polis) semaklah di mana-mana pun (kalau ada kesalahan), kalau tidak ada, tidak adalah (sebarang kesalahan),”…