Bekas menteri belia dan sukan itu memberi contoh Perbadanan Stadium Malaysia yang mencatat keuntungan di bawah kepimpinan tokoh korporat.

BANGI: Presiden Muda, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata, langkah terbaik adalah meletakkan golongan profesional, bukannya ahli politik untuk mengetuai agensi dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC).
Berdasarkan pengalamannya sebagai menteri belia dan sukan pada 2018, beliau berkata, mempunyai lembaga pengarah yang hampir keseluruhannya bebas daripada lantikan politik membawa perbezaan dalam prestasi agensi kementerian.
Katanya, golongan profesional, seperti bekas penjawat awam atau penjawat awam kanan dan pakar industri, membantunya merombak agensi tersebut.
“Sebagai contoh, Perbadanan Stadium Malaysia (MSC) sebelum ini diketuai ahli politik,” katanya selepas forum Auku di Universiti…
