Imbas untuk muat turun aplikasi

Artikel

Biarpun Tak Jadi Nikah, Syafiq Kyle & Mimi Lana Jadi Kawan Baik

today1 February 2024

Background

Pengurus pelakon Syafiq Kyle dan bekas tunangnya, Mimi Lana iaitu Iman Tang memaklumkan hubungan kedua-dua selebriti itu sehingga kini masih berkawan.

Jelas Iman Tang, dia menjadi saksi persahabatan antara Syafiq dan Mimi tetap utuh meskipun tidak melangsungkan perkahwinan yang dirancangkan pada 18 Ogos tahun lalu.

“Meskipun mereka tidak jadi berkahwin, tapi tidak bermakna mereka bermusuh atau bergaduh. Saya boleh sahkan perkara ini kerana waktu kejadian (pembatalan dibuat) saya ada bersama mereka.

β€œMemang tiada masalah dan sehingga hari ini mereka masih berkawan. Malah hari ini pun mereka berdua baharu saja selesai menjalani sesi fotografi untuk mempromosikan pakaian raya untuk satu jenama tempatan,” katanya.

Menurut pengurusnya lagi, dia tidak mempunyai masalah sekiranya Syafiq dan Mimi mahu kembali menjalin hubungan cinta bersama.

Bagaimanapun, dia berharap agar ramai pihak memberikan ruang kepada kedua-dua bintang terkenal itu yang kini sibuk dengan kerjaya masing-masing.

“Ya sudah tentu saya gembira dan restu, lagipun ia untuk kebaikan dan mendirikan masjid adalah perkara yang baik dalam Islam.

“Saya selalu berjumpa dengan mereka, tapi tak pernah bertanya mengenai hala tuju hubungan mereka dengan lebih mendalam.

“Bagi saya, biar mereka fokus dengan kerja dulu. Mungkin dalam kesibukan bekerja itu ada bibit cinta dan perasaan untuk kembali bersama,” ujarnya lagi.

Semalam, Syafiq dan Mimi berkongsi foto memakai pakaian tradisional sedondon berona biru menarik perhatian ramai mendakwa mereka kembali bercinta.

Terdahulu, heboh di media sosial apabila majlis pernikahan Syafiq dan Mimi yang dijadualkan berlangsung pada 18 Ogos tahun lalu dibatalkan beberapa hari sebelum majlis berlangsung.

Sumber: Harian Metro

Written by: Aqilah


Previous post