KUALA LUMPUR: Bekas Ketua Setiausaha Perbendaharaan Irwan Serigar Abdullah dijangka dipanggil semula untuk memberi keterangan sebagai saksi dalam perbicaraan 1MDB terhadap Najib Razak.
Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Akram Gharib memberitahu mahkamah, pendakwaan hanya boleh meminta Irwan hadir semula memberi keterangan tambahan, selepas Hakim Collin Lawrence Sequerah membuat keputusan berhubung permohonan pendakwaan untuk memasukkan rakaman audio sebagai bahan bukti.
“Kami boleh (memanggil semula Irwan) selepas pembelaan selesai soal balas (bekas pegawai bank AmBank) Joanna Yu,” katanya.
Peguam Najib, Shafee Abdullah memberitahu mahkamah beliau menjangka soal balas terhadap Yu akan mengambil masa seminggu.
Irwan sebelum ini memberi keterangan di mahkamah antara 14 hingga…