

Bicara kes bekas perdana menteri, Muhyiddin Yassin, atas pertuduhan salah guna kedudukan melibatkan suapan RM232.5 juta dan menerima wang RM200 juta hasil aktiviti haram bermula esok di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.
Timbalan Pendakwa Raya Wan Shaharuddin Wan Ladin, berkata prosiding kes itu akan bermula pada 9 pagi di hadapan Hakim Noor Ruwena Md Nurdin.
“Perbicaraan akan bermula dengan pihak pendakwaan menyampaikan kenyataan pembukaan yang menggariskan pertuduhan serta bukti terhadap tertuduh dan dua saksi akan memberi keterangan esok,” katanya kepada Bernama.
Pada 10 Nov tahun lalu, Hakim Noor Ruwena menetapkan 29 hari untuk perbicaraan kes itu yang dijadualkan pada 9 hingga 11 Mac; 13, 16, 28, dan 29 April; 25 dan 26 Mei; 6 hingga 10, 13 hingga 17 serta 27 hingga 29 Julai, dan bersambung pada 17 hingga 21 dan 26 serta 27 Ogos 2026.
Klik sini untuk baca artikel penuh.
Sumber: