KUALA LUMPUR: Perbicaraan kes bekas Pengerusi Felda, Shahrir Samad yang didakwa gagal mengisytiharkan RM1 juta diterima daripada Najib Razak kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), akan bermula 26 Julai ini di Mahkamah Tinggi di sini, di hadapan hakim lain.
Hakim Muhammad Jamil Hussin menetapkan tarikh itu semasa pengurusan kes tersebut hari ini.
Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Mohd ‘Afif Ali berkata, kes itu dipindahkan dari Mahkamah Tinggi Jenayah lima (MTJ 5) untuk didengar di hadapan Hakim Jamil.
“Tarikh bicara sebelum ini telah ditetapkan di MTJ 5 (Hakim Ahmad Shahrir Mohd Salleh),” katanya yang turut memaklumkan akan memanggil 19 saksi pada perbicaraan kes itu.
Hakim Jamil berkata, tarikh perbicaraan yang ditetapkan…