Personaliti media sosial, Ryzal Ibrahim menegur tindakan segelintir pihak yang menganggap sikap materialistik sebagai penanda aras dalam memilih pasangan hidup.
Menerusi hantaran balas di Threads, Ryzal berkata, jenama atau barangan apa yang dipakai oleh pasangan tidak wajar dijadikan sebagai kayu ukur sebaliknya ikhlas dan sedia menerima kekurangan pasangan masing-masing adalah lebih penting.
“Sorry brother, your tips is a bit harsh to start with. My wife used to date me with RM30 lighter slide watch on my wrist.
“A very funney watch to start with. Tahun selepas itu saya memakai Daytona dan isteri saya masih tidak peduli soal itu,.
“Jangan pandang pada jenama atau harta benda bila mencari pasangan hidup. Cari seseorang yang boleh menerima kelemahan dan ikhlas serta percaya semua adalah ketentuan-Nya,” ulasnya.

Ryzal berkata demikian selepas seorang individu mendakwa sikap ‘greenflag’ seseorang lelaki itu boleh dilihat menerusi jam tangan yang dipakai.
“Tips kepada perenpuan yang baru nak first dating. Green flag lelaki kau orang kena tengok pada jam yang dia pakai. Paling cikai pun ‘Seiko’ sebab jam tangan simbol kemegahan lelaki,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN:Disangka Penunggang Basikal Halang Bas, Ryzal Ibrahim Tampil Beri Penjelasan – “Kebetulan Baju Sama, Ramai Terkeliru”
ARTIKEL BERKAITAN:Isu Adab Dengan Al-Quran, Ryzal Ibrahim Mohon Maaf – “Tak Sengaja Letak Atas Sejadah”
ARTIKEL BERKAITAN:Maryam Durian Kimchi Dikritik Pakai Baju Ketat, Ryzal Ibrahim Terbuka Terima Teguran
ARTIKEL BERKAITAN:Ryzal Ibrahim Dipuji Suami Mithali Bimbing Isteri Mualaf Baca Al-Quran, Netizen Doa Kekal Bahagia