Imbas untuk muat turun aplikasi

Artikel

“Bila Dah Tua, Untuk Cantik Sangat-Sangat Bukan Lagi Keutamaan” – Zain Saidin Larang & Tak Suka Jika Che Ta Suntik Muka

today5 February 2024

Background

Pelakon dan usahawan terkenal, Rozita Che Wan atau Che Ta mendedahkan dia tidak pernah melakukan sebarang rawatan suntikan untuk kekal menawan.

Bercakap kepada XTRA, Rozita atau lebih mesra disapa Che Ta itu turut memaklumkan suaminya yang juga aktor, Zain Saidin melarang untuk mengubah wajah sebaliknya menerima seadanya.

“Saya percaya dengan rawatan suntikan tetapi Zain tak beri kebenaran. Dia cakap dia tak suka bila perempuan ‘buat muka’.

“Dia okey saja kalau kedut ke, dia terima seadanya. Ia juga bukan keperluan buat saya lagi seiring dengan peningkatan usia.

“Bila dah berusia, untuk cantik sangat-sangat itu bukan lagi satu keutamaan. Sihat itu lagi penting.

“Suami juga tak pernah larang saya tapi selalu tegur kalau bab pakaian dan aurat,” kongsi Che Ta kepada pemberita.

Che Ta ditemui pada majlis pelancaran produk baharu keluarannya iaitu serum Cekang Jelita dibawah jenamanya by RCW di Glam Hall, Damansara, Petaling Jaya, pada Rabu.

Che Ta
Che Ta bersama produk kecantikan terbaharunya, Glow Edition Cekang Jelita

Berbicara soal kecantikan, Che Ta hadir dengan produk kecantikan terbaru keluaran syarikatnya, By RCW khusus buat wanita yang mementingkan penjagaan wajah dengan harga yang mampu milik.

Menggunakan bahan utama berasaskan emas sebagai agen anti penuaan dan kolagen bagi melewatkan garisan halus dan kedutan, serum Cekang Jelita juga ditawarkan pada harga amat berpatutan agar semua wanita mampu memilikinya.

“Banyak produk kecantikan di pasaran tapi tak semua wanita mampu untuk memiliki. Jadi pengguna produk saya memang tahu yang kami keluarkan secara mampu milik.

“Harga memang murah, kami mahu keluarkan produk yang mampu dimiliki sekali gus untuk semua cantik.

“Saya tak mahu persepsi ‘orang yang berduit saja boleh cantik’ ataupun persepsi ‘bukan tak cantik, cuma tak berduit’. Saya tak mahu tanggapan begitu,” ujarnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Che Ta Tak Tahu Notis Isytihar Bankrap – “Saya Tak Pernah Lari Bayar Cukai”

ARTIKEL BERKAITAN: Zain Saidin Akui Jatuh Cinta Saat Melihat Wajah Rozita Che Wan Tanpa Makeup

ARTIKEL BERKAITAN: “Anniversary Yang Ke-10 ‘Double Line’, Hadiah Untuk Zain” – Rozita Che Wan Positif Covid-19

Written by: Aqilah


Previous post