Menerusi video berdurasi satu minit yang dimuat naik oleh @sazah_jue di laman TikTok, kelihatan suaminya hadir ke sekolah untuk mengambil kad laporan anak mereka.
Apa yang menghiburkan, pasangan suami isteri tersebut sempat menghulurkan tangan untuk berjabat sebelum membincangkan selanjutnya tentang prestasi anak mereka.
Manakala, anak lelaki mereka yang berada di sebelah bapanya tersenyum-senyum memerhatikan gelagat kedua ibu bapa mereka ketika melihat kad laporannya.
Di akhir video, penilaian itu berakhir dengan pukulan ‘manja’ guru berkenaan terhadap anaknya sambil ayahnya bergelak tawa.