Site icon Hot FM

“Bila Lama Hidup Single” – Wanita Sempat Kenakan Scammer Sampai Bosan Tutup Phone Terus


Menerusi video tersebut, kelihatan seorang wanita berkongsi situasi semasa dia menerima panggilan telefon daripada seorang scammer.

Pada awalnya, individu berkenaan memberitahu mengenai maklumat barangan pengeposan yang dibuat wanita itu, dia kemudian bertanyakan maklumat diri wanita tersebut.

Namun, wanita itu memberitahu dia tidak mempunyai apa-apa barangan pos dan tidak memberikan maklumat dirinya pada orang lain.

Dia kemudian mengambil keputusan untuk ‘mengenakan’ scammer terbabit dengan mengajaknya berborak sehingga scammer itu sempat ‘mengoratnya’.

Di akhir video, scammer terbabit dilihat ‘terkena’ dengan wanita itu sehingga dia meletakkan telefonnya.

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version