Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Bilik gerakan BN Parlimen Arau ditutup, bendera diturunkan

today31 October 2022

Background



Shahidan Kassim melalui hantaran Facebook memaklumkan bilik gerakan BN Arau ditutup dan semua bendera parti sudah diturunkan.

PETALING JAYA: Semua bilik gerakan Barisan Nasional (BN) di kawasan Parlimen Arau didakwa ditutup dengan semua bendera parti diturunkan.

Perkara itu dimaklumkan penyandang kerusi Parlimen berkenaan, Shahidan Kassim dalam hantaran di Facebooknya sebentar tadi.

Shahidan dalam hantarannya turut menyifatkan keadaan itu julung kali berlaku dalam sejarah BN Arau.

β€œMalam ini adalah malam kesedihan yang teramat sangat. Semua bilik gerakan BN Parlimen Arau telah ditutup dan bendera telah diturunkan.

β€œKali pertama dalam sejarah,” tulisnya ringkas, namun meninggalkan tanda tanya sama ada beliau digugurkan sebagai calon pilihan raya umum ke-15 (PRU15) atau sebaliknya.

Terdahulu, berlegar desas-desus beberapa pemimpin Umno bakal digugurkan daripada bertanding pada PRU15, antaranya Annuar Musa dan Zahidi Zainul Abidin, selain Shahidan…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: FMT Reporters


Previous post