

Penjual kenderaan diesel kini mengeluh selepas perniagaan mereka merudum sejak kenaikan harga bahan api susulan konflik di Timur Tengah, dengan pembatalan kini melebihi pembelian baharu.
Harga diesel di Semenanjung Malaysia kini ditetapkan RM6.72 seliter, lebih dua kali ganda berbanding sekitar RM2.80 hingga RM3 sebelum ini, sekali gus mendorong pembeli menangguhkan pembelian kerana bimbang harga diesel akan terus meningkat.
Pengedar yang ditemui FMT berkata pertanyaan daripada pelanggan hampir tiada dan kunjungan ke bilik pameran juga terhenti, dengan semakin ramai pemilik kenderaan kini cuba menjual kenderaan mereka.
Di Kuantan, pengedar Mitsubishi, Shamsul Kamal Mahmood menyifatkan keadaan itu sebagai yang terburuk pernah dialaminya dalam tempoh tujuh tahun…