
PETALING JAYA: Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno Puad Zarkashi meragui keikhlasan Dr Mahathir Mohamad susulan kebimbangannya Melayu akan “hilang” dalam tempoh 10 tahun akan datang.
Puad mengakui perpaduan orang Melayu penting untuk mengelak kepupusan pada masa akan datang, namun katanya, usaha itu patut dilakukan pihak lain, bukan lagi Mahathir yang “zamannya sudah tamat”.
“(Mahathir) cakap soal perpaduan Melayu kerana beliau mahu kembali berkuasa,” katanya kepada FMT.
“Tetapi, kita yakin bila dapat kuasa dia akan biarkan orang Melayu berpecah asalkan kuasa kekal di tangannya.”
Puad mendakwa, sudah terlalu banyak kerosakan dilakukan Mahathir apabila menjadi perdana menteri kali kedua.
“Beliau (juga) yang bertanggungjawab Malaysia hilang Pulau Batu Puteh kepada Singapura,” katanya.
Katanya, kehadiran Mahathir pada Kongres Maruah…