
SANDAKAN: Bimbang laluan ke rumahnya terjejas akibat fenomena air pasang di sebuah perkampungan atas air di sini, sebuah keluarga enam beranak mengambil langkah bermalam dalam kereta sebagai langkah keselamatan malam tadi.
Riden Abdul Mutalib, 43, berkata dia sekeluarga keluar rumah yang terletak berhampiran kawasan darat di Kampung Forest pada kira-kira 9 malam apabila mendapati paras air laut mulai meningkat.
“Kami risau jambatan (ke rumah) roboh nanti, susahlah kami turun (keluar rumah),” katanya ketika ditemui di kampung itu.
“Sudahlah banyak rumah di laut sudah roboh (malam Sabtu lepas). Jadi, tiada lampu di sana.”
Riden berkata, dia sekeluarga memilih untuk tidak berpindah ke pusat pemindahan sementara (PPS) di SK Sungai Anib 2 kerana mahu menyelamatkan barang lain milik…