Abang Johari Openg berkata, kerajaan negeri telah mendapat persetujuan masyarakat sekitar Sungai Gaat, Sungai Tutoh dan Sungai Belaga.

PETALING JAYA: Kerajaan Sarawak telah mendapat “lampu hijau” daripada masyarakat sekitar Sungai Gaat, Sungai Tutoh dan Sungai Belaga untuk membina empangan melata, kata Abang Johari Openg.
Penjanaan empangan itu akan dilaksanakan oleh syarikat swasta dengan laluan talian grid kabel elektrik disediakan Sarawak Energy Berhad (SEB), kata premier Sarawak itu, lapor Bernama.
“Saya sudah ada surat (persetujuan) daripada masyarakat di ketiga-tiga sungai ini, iaitu Sungai Gaat di Kapit, Sungai Tutoh di Baram dan Sungai Belaga di Belaga … kita sudah pinda undang-undang kita, penjanaannya boleh dilaksanakan oleh syarikat swasta tapi diedarkan kepada SEB,” katanya selepas mesyuarat Majlis…