
PETALING JAYA: Timbalan Ketua Umno Johor, Nur Jazlan Mohamed meminta MIC berunding dengan MCA, jika ia mahu bertanding di kerusi Parlimen Pulau pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15).
Beliau sebelum ini mencabar Timbalan Presiden MIC, M Saravanan bertanding di Pulai, selepas dikritik kerana mendakwa Umno tidak boleh lagi bergantung kepada MIC dan MCA dalam PRU.
Nur Jazlan menyifatkan Ketua Penerangan MIC Johor, S Deva yang tampil menyahut cabarannya untuk bertanding di Pulai itu semalam sebagai calon “lightweight”.
“Walaupun asalnya saya tawarkan kerusi itu kepada presiden atau timbalan presiden MIC untuk bertanding, sekurang-kurangnya S Deva ini berani sahut cabaran berbanding dua ketuanya itu.
“Tapi sayang, bagi saya sebagai bekas Ahli Parlimen Pulai sejak 2004 lagi, saya…