
PETALING JAYA: Perbincangan lebih telus perlu dibuat dalam mencapai kesepakatan antara Putrajaya dengan Johor berhubung permohonan 30% hasil cukai negeri itu dikembalikan kepadanya, kata pakar perlembagaan.
Ketua Kluster Governans, Perundangan dan Pengurusan Majlis Profesor Negara, Nik Ahmad Kamal Nik Mahmood, berkata kenyataan boleh disalah tafsir perlu dielakkan dalam membangkitkan isu terbabit untuk mengekalkan hubungan baik pusat dengan negeri.
Katanya, permohonan negeri di Selatan itu boleh dipertimbang jika ada cara pembahagian lebih fleksibel, namun Nik Ahmad menjelaskan semua kaedah harus berpandukan Perlembagaan Persekutuan.
“Mungkin peratusan (kutipan hasil negeri) boleh dibincang, misalnya persekutuan ada jumlah cukai individu atau korporat sebanyak RM40 bilion dan mungkin Johor mahu 10% daripada jumlah itu. Pasti ia dapat…