
Bintang sensasi Johor Darul Ta’zim (JDT) Arif Aiman Mohd Hanapi melakar sejarah apabila muncul pemain pertama dinobatkan Pemain Paling Bernilai (MVP) buat kali keempat berturut-turut pada majlis Anugerah Bola Sepak Kebangsaan (ABK) 2024-2025 malam ini.
Kejayaan tersebut meletakkan pemain kebangsaan itu dalam kelas tersendiri apabila mengatasi pencapaian bekas penyerang kebangsaan Norshahrul Idlan Talaha yang merangkul hatrik pada musim 2010 hingga 2012.
Pemain berusia 23 tahun itu turut mendominasi tiga lagi kategori, iaitu Pemain Tengah Terbaik, Gol Terbaik Liga Malaysia (Liga-M) 2024-2025 dan juga Fans XI (Penyerang).
Ini juga musim pertama Arif Aiman memenangi kategori Pemain Tengah Terbaik (pencalonan mengikut posisi yang didaftarkan pasukan) apabila sebelum ini meraih gelaran Penyerang Terbaik sebanyak tiga kali sejak 2021 sehingga…