Polis berkata, kejadian 1 pagi itu turut menyebabkan beberapa pelanggan restoran cedera dan terpaksa dirawat di Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang.

PETALING JAYA: Membuat bising dipercayai punca sambutan hari jadi bertukar menjadi pergaduhan dua kumpulan di sebuah restoran di Bandar Baru Klang, Selangor semalam.
Ketua Polis Klang Utara, S Vijaya Rao berkata kejadian 1 pagi itu turut menyebabkan beberapa pelanggan restoran cedera dan terpaksa dirawat di Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang.
Katanya, hasil siasatan menunjukkan pergaduhan berlaku selepas enam individu yang sedang menyambut hari jadi seorang rakan mereka membuat bising di restoran itu.
Beliau berkata, keadaan itu menimbulkan rasa tidak puas hati, suasana tegang dan cabar-mencabar satu sama lain sebelum suspek memanggil kira-kira 20 rakannya.
Katanya, pergaduhan menyusul dan suspek turut menyerang pelanggan lain dalam restoran…
