Imbas untuk muat turun aplikasi

Artikel

Black Hanifah Alami Anxiety Bila Dituduh Beli Kapal Mewah Guna Wang Haram

today21 May 2023

Background

Selepas tular dakwaan kononnya penyanyi dan pelakon, Black Hanifah menjalankan perniagaan termasuklah membeli kapal mewah menggunakan wang haram, penyanyi itu kini difahamkan mengalami tekanan sehingga memberi kesan terhadap kesihatan mentalnya dan terpaksa berjumpa doktor.

Menerusi perkongsian Black atau nama penuhnya, Hanifah Muhammad Hanafiah, 36, di Instagram Story miliknya, dia terpaksa mendapatkan rawatan akibat terlalu tertekan dengan tuduhan yang diberikan.

Malah, meminta agar pihak yang bertanggungjawab menghentikan fitnah terhadapnya dengan mengatakan dia membeli Villa dan kapal mewah semata-mata mahu ‘mencucui’ duit.

“Pertama sekali saya nak ucapkan ribuan terim akasih kepada semua yang mendoakan kesihatan saya di Instagram (IG).Β 

“Hari ini saya pergi hospital sebab sebenarnya saya ni ada anxiety (perasaan mudah merasa cemas) tapi saya tak nak lah bagitahu orang. Tapi kali ni saya kena bagitahu lah. Saya agak stress sikit dengan video yang muncul sejak dua hari ini mengatakan saya ‘cuci’ duit.

“Saya tak pasti ini dari blogger mana atau daripada media mana… saya ni bukan jenis yang nak melenting dah sekarang ni dah berumur. So, saya rasa pihak yang bertanggungjawab tu hentikanlah fitnah mengatakan saya cuci duit untuk membeli saya punya villa dan yacht. Tapi apapun terima kasih juga lah kerana disebabkan hal itu ramai orang tahu saya ada perniagaan di Langkawi.

“Cuma itulah, saya banyak berfikir 2-3 hari ni, jadi saya harapkan orang ramai terutamanya anak Melayu ni banggalah dengan anak Melayu yang berjaya bukan semakin kita menjatuhkan,” katanya.

[/video]

Dalam pada itu, Black turut memuat naik beberapa lagi potongan video dari portal tersebut di Instagram Story nya.

[/video]

Difahamkan, pelantun lagu Aku Rindu Sayang Kamu itu memaklumkan, dia kini terpaksa mengambil ubat untuk mengawal tekanan yang dihadapiΒ  dan memilih untuk tidak terlalu memikirkan isu tersebut.

“Doktor nasihat saya untuk buat perkara yang saya sukai. Lagipun saya tidak mahu bergantung kepada ubat jadi saya pilih untuk berehat,” jelasnya.

 

Sumber: Instagram, mStar

Written by: Salma


Previous post