Hot FM

Black Hawk lewat dihantar, kementerian semak kontrak dengan pembekal


Black hawk
Pada Mei tahun lepas, Kementerian Pertahanan menandatangani perjanjian bernilai RM187 juta dengan Aerotree Defense & Services Sdn Bhd, untuk memajak 4 helikopter Sikorsky Black Hawk selama lima tahun. (Gambar Reuters)

PETALING JAYA: Kementerian Pertahanan akan menjalankan penilaian menyeluruh kontrak pajakan empat helikopter Sikorsky Black Hawk sebelum memutuskan langkah seterusnya.

Pada Mei tahun lepas, kementerian menandatangani perjanjian bernilai RM187 juta dengan pembekal perkhidmatan udara tempatan, Aerotree Defense & Services Sdn Bhd, untuk memajak helikopter-helikopter tersebut selama lima tahun.

Helikopter-helikopter berkenaan adalah untuk kegunaan tentera, dan yang pertama sepatutnya diterima pada November lepas.

Menteri Pertahanan Khaled Nordin hari ini berkata, keputusan akan dibuat tidak lama lagi, sama ada untuk membatalkan kontrak atau memberikan pembekal masa tambahan untuk menghantar helikopter itu.

“Kita perlu pertimbangkan sama ada terdapat sebarang denda yang…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version