Imbas untuk muat turun aplikasi

Lifestyle

Black Tomok Bergabung Lagi! Dua Best Friend Ni Turut Terjebak #10yearchallenge

today17 January 2019

Background

Black Hanifah dan teman baiknya, Tomok merancang merakamkan lagu istimewa sempena Aidilfitri.

Lebih istimewa, lagu itu akan menggabungkan semula Tomok bersama band lamanya, New Boyz.

Tomok sebelum ini ada mengumumkan rancangan bergabung semula bersama New Boyz menerusi sekeping gambar di Instagram.

https://www.instagram.com/p/BsVPw43Brby/?utm_source=ig_web_copy_link

Menurut Black, projek lagu raya itu pasti membangkitkan nostalgia era kegemilangan New Boyz selain menjadi hadiah istimewa buat peminat.

β€œSaya baru berbincang dengan Tomok dan dia suka dengan idea itu.

β€œTomok juga sudah berbincang dengan anggota New Boyz… Insya-Allah keputusan akan diumumkan tidak lama lagi,” katanya kepada BH Online.

Black atau nama sebenarnya, Hanifah Md Hanafiah, 31, berkata projek merakamkan lagu raya itu dianggap menarik untuk diteroka bersama kumpulan New Boyz.

Dalam perkembangan lain, Black bakal tampil dengan single berkonsepkan ketuhanan sesuai dengan statusnya sebagai bapa.

β€œKalau orang tanya, apa bakti saya kepada agama, sekurang-kurangnya saya ada lagu kerohanian. Sebelum ini, saya pernah menghasilkan lagu duet bersama Rabbani berjudul Dalam Aku dan Seruanmu. Lagu ini mengingatkan kita pada Masjid Al-Aqsa,”

Black mengaku mula berminat menghasilkan lagu yang mendekatkan diri dengan Tuhan.

β€œSaya juga yakin lagu seperti ini ramai orang suka, cuma saya tak pasti penerimaan peminat apabila saya menyanyikannya,” katanya.

Bercerita lanjut mengenai single ketuhanan itu, lagu itu mendapat sentuhan komposer, Omar K dengan lirik dihasilkannya sendiri.

Selain itu, Black merancang mengadakan dua konsert di ibu negara dan Singapura.

Kata Black,

β€œDi Singapura, mungkin Tomok atau Hazama akan turut serta… Semuanya masih dalam perbincangan”

Mengakhiri artikel, kami kongsikan #10yearchallenge Black dan Tomok.

https://www.instagram.com/p/BssYwcYFTp_/?utm_source=ig_web_copy_link

https://www.instagram.com/p/BssFYfVhmtP/?utm_source=ig_web_copy_link

Written by: Jay


Previous post

Hang Omar Timor

Homework

Bila ada homework tu, make sure korang settlekan cepat! Jangan tangguh tangguh, nanti jadi macam Hang Omar Timor ni.

today17 January 2019