Imbas untuk muat turun aplikasi

Lifestyle

BLACKPINK Lancar Album Mini Hujung Mac

today22 March 2019

Background

Berita baik berhubung penampilan semula kumpulan popular Korea Selatan, BLACKPINK mendapat sambutan di luar jangkaan daripada peminat kumpulan yang dianggotai oleh Jisoo, Jennie, Rose dan Lisa itu.
Menerusi sebuah portal hiburan online,Β Ketua Pegawai Eksekutif YG Entertainment, Yang Hyun Suk berkata gadis-gadis tersebut bakal kembaliΒ dan melancarkan album mini pada hujung Mac ini.
BLACKPINK dijangka akan memecah rekod dengan penampilan semula ini memandangkan mereka dilihat konsisten dengan pencapaian menerusi laman YouTube terutamanya dengan lagu hit mereka iaitu β€˜Ddu-du-ddu-du’.

Berita gembira ini mungkin mampu meringankan beban YG Entertainment yang kini dibelenggu dengan kes berat penglibatan bekas anggota Big Bang, Seungri.
Saham YG Entertainment merudum sebanyak 24.8 peratus sejak 25 Februari, selepas Seungri disoal siasat pihak polis tempatan termasuk kes dadah dan rasuah.

Written by: Azra Azuar


Previous post