Site icon Hot FM

BLACKPINK Lancar Lagu Baharu 28 Ogos, Kolaborasi Dengan Selena Gomez

Setelah berminggu-minggu memberi bayangan akan mengeluarkan single baharu bersama dengan penyanyi berprofil tinggi, BLACKPINK akhirnya berkongsi nama bintang yang akan bergabung dengan mereka.

Perkara itu dimaklumkan menerusi laman sosial rasmi kumpulan tersebut dengan memaklumkan Selena Gomez akan berkolaborasi dengan mereka! 

Difahamkan single bersama Gomez akan dilancarkan pada 28 Ogos ini dan menjadi kerjasama ketiga BLACKPINK dengan penyanyi antarabangsa.

Sebelum ini, BLACKPINK pernah bekerjasama dengan Dua Lipa dalam lagu Kiss and Make Up pada 2018, dan Lady Gaga menerusi lagu Sour Candy pada Mei tahun ini.

Exit mobile version