Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

BMW berperisai bukan kenderaan rasmi baharu Anwar, kata JPM

today6 July 2026

Background


perdana putra pmo
JPM berkata, kenderaan BMW seperti dilaporkan adalah aset tersedia kerajaan yang diguna sementara Perdana Menteri Anwar Ibrahim atas nasihat dan penilaian keselamatan polis.
PETALING JAYA:

Jabatan Perdana Menteri (JPM) nafi penggunaan sebuah kenderaan BMW berperisai baharu oleh Perdana Menteri Anwar Ibrahim, sambil menegaskan ia merupakan aset sedia ada milik Bahagian Istiadat dan Urusetia Antarabangsa (BIUPA).

JPM dalam kenyataan, berkata kenderaan tersebut digunakan sementara atas nasihat dan penilaian polis susulan kenderaan rasmi perdana menteri sedang diselenggara.

“Kenderaan itu dipilih untuk digunakan secara sementara oleh YAB perdana menteri atas nasihat dan penilaian keselamatan polis berikutan kenderaan rasmi YAB perdana menteri yang dikurniakan oleh Yang di-Pertuan Agong sedang menjalani penyelenggaraan,” kata kenyataan itu.

JPM berkata, kenderaan berkenaan disediakan bagi memenuhi keperluan rasmi negara, khususnya untuk kegunaan ketua negara dan ketua kerajaan…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: FMT Reporters


Previous post