Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

BN akan cabar kemenangan Hadi di Marang

today16 January 2023

Background



Ketua Umno Terengganu Ahmad Said dikatakan akan mendedahkan butiran tiga petisyen pilihan raya itu di mana satu daripadanya adalah Marang, dimenangi Presiden PAS Abdul Hadi Awang.

PETALING JAYA: Barisan Nasional (BN) akan mencabar kemenangan Presiden PAS Abdul Hadi Awang di Marang dan keputusan dua lagi kerusi Parlimen di Terengganu pada PRU15.

Petisyen untuk membatalkan keputusan PRU15 di Marang, Kemaman dan Kuala Terengganu itu akan difailkan oleh Umno Terengganu.

Tiga kerusi Parlimen itu dimenangi calon Perikatan Nasional (PN) pada PRU15, 19 Nov lalu. Semua petisyen itu difailkan kerana didakwa berlaku rasuah oleh PN.

Ketua Umno Terengganu Ahmad Said dijangka membuat sidang media esok bersama beberapa peguam berhubung petisyen itu, lapor Sinar Harian.

Ahmad tewas di kerusi Parlimen Kemaman kepada calon PAS Che Alias Hamid dengan majoriti 27,179 undi.

Marang dimenangi Hadi dengan majoriti 41,729 undi manakala Kuala Terengganu dipertahankan calon PAS…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: FMT Reporters


Previous post