Hot FM

BN buat keputusan permohonan PBM minggu depan



Selain PBM, Mohamad Hasan berkata, beberapa parti lain turut menyuarakan hasrat menyertai BN.

PETALING JAYA: Barisan Nasional (BN) akan membuat keputusan berhubung permohonan Parti Bangsa Malaysia (PBM) selepas mesyuarat Dewan Tertinggi pada minggu depan, kata Timbalan Pengerusinya, Mohamad Hasan.

“BN ini merupakan parti yang keputusannya dibuat secara konsensus, semua pihak atau parti komponen dalam BN bersetuju, baru boleh. Tunggulah sehingga mesyuarat diadakan.

“Perbincangan akan diadakan semasa mesyuarat tersebut dan semua pihak mesti bersetuju, kalau ada satu pihak tidak bersetuju, ia tidak akan boleh dilakukan,” katanya menurut Utusan Malaysia.

Pengganti Presiden PBM, Zuraida Kamaruddin sebelum ini berkata, pihaknya masih menantikan jawapan BN berhubung permohonan PBM menyertai gabungan itu menjelang pilihan raya umum ke-15.

Dalam pada itu, Mohamad mengesahkan Zuraida menemuinya awal bulan lalu bagi menyuarakan hasrat PBM dan beliau…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version