Pengerusi BN itu berkata, pembahagian kerusi masih dibincangkan dengan parti dalam kerajaan perpaduan.

PUTRAJAYA: Barisan Nasional (BN) kekal menggunakan lambang sendiri dalam enam pilihan raya negeri (PRN), walaupun bekerjasama dengan parti dalam kerajaan perpaduan, kata Ahmad Zahid Hamidi.
Pengerusi BN itu berkata, soal pembahagian kerusi juga mula dibincangkan dengan parti dalam kerajaan perpaduan, tetapi belum dimuktamadkan.
Katanya, soal pembahagian kerusi itu akan dibincangkan menerusi mesyuarat sekretariat parti dalam kerajaan perpaduan.
“Kita akan jalin kerjasama antara parti-parti politik (yang) ada (dalam kerajaan perpaduan).
“Namun, calon-calon BN akan kekal gunakan lambang BN dalam PRN di enam negeri ini,” katanya selepas lawatan kerja ke Jabatan Kemajuan Orang Asli (Jakoa).
Enam negeri yang perlu mengadakan PRN tahun ini adalah…
