
PETALING JAYA: Barisan Nasional (BN) menghormati jika kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap ditandingi Pakatan Harapan (PH), menjelang PRK kawasan itu.
susulan kekosongan selepas penyandangnya, Nor Zamri Latiff, 56, meninggal dunia Jumaat lalu.
Timbalan Pengerusi BN Mohamad Hasan, berkata ia berdasarkan persefahaman antara gabungan itu dengan parti bertanding sebelum ini diberi keutamaan.
Pada PRN Pulau Pinang Ogos lalu, calon PH, Nurhidayah Che Rose bertanding di Sungai Bakap, namun tewas dengan majoriti 1,563 undi.
Mohamad yang juga timbalan presiden Umno, berkata perundingan semula boleh diadakan, namun secara asasnya persefahaman mengenai soal itu telah pun dipersetujui BN dan PH.
“”Ini (kerusi siapa) akan dibincangkan di peringkat jawatankuasa pengurusan bersama Kerajaan Perpaduan tapi biasanya kita…