Hot FM

BN Johor bimbang berlaku ‘undi silang’, kata Adham



Ketua Penerangan Umno Johor, Dr Adham Baba berkata BN negeri perlu atasi ‘undi silang’ kerana boleh hilang sasaran kerusi bakal dimenangi. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Barisan Nasional (BN) Johor mengatur strategi bagi mengelakkan berlaku “undi silang” dalam kalangan pengundi yang mengundi calon lain selain gabungan itu pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15).

Ketua Penerangan Umno Johor, Dr Adham Baba, berkata undi silang merujuk kepada pengundi mengundi calon BN pada pilihan raya negeri (PRN) lalu tetapi mengundi parti lain (selain BN) di Parlimen kali ini.

Katanya, bagi mengelakkan undi silang berlaku, BN Johor sudah menyusun pendekatan dan strategi kempen lebih berkesan serta proaktif terutama di media sosial selain menemui pengundi bagi memberi penjelasan serta menangkis tohmahan pembangkang.

“Ketika ini, kita sudah menggerakkan jentera penerangan kita terutama di media sosial selain akan mengadakan perjumpaan santai bagi memberi penerangan…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version