
PETALING JAYA: Umno Johor kekal dengan pendirian mahu kestabilan kerajaan negeri bawah pentadbiran Barisan Nasional (BN) hingga PRU16.
Penegasan itu menyusul permintaan terbaharu rakan kerjasamanya daripada Pakatan Harapan (PH) supaya gabungan itu ditawarkan jawatan ahli majlis dan ketua kampung oleh BN selepas “diketepikan” dalam rombakan exco Johor 13 Feb lalu.
“Komen saya kekal status quo…kerajaan Johor ditadbir BN perlu kekal hingga PRU16 dan selepas itu baru kita cari mekanisme baharu bersama (BN-PH).
“Semua pihak perlu faham kerajaan Johor ditubuhkan sebelum wujudnya kerajaan perpaduan di peringkat pusat,” kata Setiausaha Umno Johor Abdul Halim Suleiman kepada FMT.
Beliau berkata, jika status quo kerajaan negeri sedia ada diubah akan wujud perkara tidak disenangi termasuk…