Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

BN ketengah banyak calon muda, muka baharu pada PRU16, kata Zahid

today24 November 2024

Background


Usaha meletakkan calon muda atau muka baharu adalah antara langkah yang digariskan dalam memperkukuh parti komponen BN untuk meraih sokongan rakyat, kata Pengerusi BN Zahid Hamidi. (Gambar Bernama)

IPOH: Barisan Nasional (BN) akan mengetengahkan ramai calon muka baharu, terutamanya daripada kalangan anak muda, pada PRU16, kata Pengerusi BN Zahid Hamidi.

Zahid yang juga timbalan perdana menteri berkata, usaha itu menjadi satu daripada lima langkah yang digariskan dalam memperkukuh parti-parti komponen BN untuk meraih sokongan rakyat.

“Saya merasakan bahawa kita tiada pilihan untuk mengetengahkan calon-calon muka baharu, terutamanya dalam kalangan anak muda,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Konvensyen BN Perak hari ini.

“Kesesuaian calon bukan sekadar usia muda, tetapi mereka yang berpengalaman dan berakar umbi berpotensi membawa kemenangan gemilang.”

Turut hadir, Setiausaha Agung BN Zambry Abd Kadir; Pengerusi BN Perak Saarani Mohamad, yang juga menteri besar;…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: BERNAMA


Previous post