Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

BN, PAS kongsi pentas umum calon PRN Melaka

today23 October 2026

Background


Pelancaran Jentera BN
Pengerusi BN Zahid Hamidi berkata BN dan PAS akan berkongsi pentas untuk mengumumkan calon.
PETALING JAYA:

Barisan Nasional dan PAS akan berkongsi pentas untuk mengumumkan calon masing-masing bagi PRN Melaka, kata Pengerusi BN Zahid Hamidi.

Acara tersebut akan diadakan pada Sabtu ini, katanya selepas mesyuarat BN berkenaan PRN Melaka, di Ayer Keroh, Melaka malam tadi.

Dalam pada itu, Zahid mengulangi bahawa BN akan mengumumkan 21 calon.

“Insya-Allah di pentas yang sama dan di dewan yang sama, kita akan umumkan 21, mereka akan umumkan tujuh,” katanya, lapor Harian Metro.

Semalam, Zahid mengumumkan BN akan bertanding di 21 kerusi manakala PAS dan ‘rakan-rakan’ akan bertanding di tujuh kerusi, susulan rundingan yang katanya sudah dimuktamadkan.

Bagaimanapun, Setiausaha Agung Perikatan Nasional Takiyuddin Hassan pula berkata agihan itu belum dimuktamadkan, manakala rundingan kerjasama dengan BN akan terus diperincikan.

Rakyat Melaka akan memilih wakil pada 14 Nov. Pengundian…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: FMT Reporters


Previous post