Hot FM

BN pertaruh 12 calon di Sabah



Ahmad Zahid Hamidi berkata, hasil persetujuan bersama GRS, DUN Bugaya akan ditandingi calon BN.

BAGAN DATUK: Barisan Nasional (BN) mempertaruhkan 12 calon di Sabah, manakala Gabungan Rakyat Sabah (GRS) meletakkan 13 calon pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15).

Pengerusinya, Ahmad Zahid Hamidi berkata, hasil persetujuan bersama GRS juga, calon BN akan bertanding dalam pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Bugaya.

Dalam sidang media di kediamannya selepas selesai penamaan calon, beliau berharap calon BN akan mendapat sokongan pengundi, sekali gus menyumbang kepada pembentukan kerajaan persekutuan.

Katanya, BN meletakkan 178 calon bagi kerusi Parlimen pada PRU15, dengan 120 calon Umno dan selebihnya daripada parti komponen gabungan itu serta calon langsung.

Calon BN di Sabah termasuk Bung Moktar Radin (Kinabatangan), Abdul Rahman Dahlan (Kota Belud), Yakub Khan (Sepanggar), Shahelmey Yahya (Putatan), Mohamad…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version