
Barisan Nasional (BN) menyerahkan semua urusan dan kuasa pelantikan menteri besar Negeri Sembilan kepada Yang Dipertuan Besar, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir.
Pengerusi BN, Zahid Hamidi, berkata BN dan Umno tidak pernah melanggar perlembagaan negeri dalam perkara berkenaan.
“Kita serahkan kepada Tuanku,” katanya ketika ditanya sama ada BN akan menyokong Ismail Lasim sebagai menteri besar Negeri Sembilan selepas merasmikan Perhimpunan Agung MCA di sini.
Zahid berharap kemelut politik yang melanda negeri itu dapat diselesaikan bagi membolehkan kerajaan negeri membentang dan meluluskan belanjawan tahun depan.
Belanjawan negeri yang pada asalnya dijadual dibentangkan 16 Okt lalu, kini ditetapkan pada 27 Nov ini selepas sidang Dewan Undangan Negeri dijadualkan bersambung semula 26 Nov ini.
Jumaat lalu, Ismail dilaporkan akan kekal sebagai menteri besar atas arahan Tuanku…