Hot FM

BN setuju kerjasama dengan PH pada PRN Sabah, kata Zahid


Zahid Hamidi berkata BN-PH melanjutkan kerjasama di Putrajaya bagi berdepan PRN Sabah. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Barisan Nasional (BN) secara prinsip bersetuju untuk bekerjasama dan membentuk pakatan untuk menghadapi PRN Sabah, kata pengerusinya Zahid Hamidi.

Beliau berkata keputusan itu diambil untuk melanjutkan kerjasama terjalin di peringkat persekutuan.

“Namun parti-parti lain masih terbuka menjalin kerjasama dengan kami.

“Kita juga harap tidak ada parti di Sabah yang menyebutkan ini adalah parti Malaya ataupun parti peringkat kebangsaan dan tidak perlu masuk ke Sabah,” katanya menurut Berita Harian.

“Kita sebuah negara demokrasi, maka tidak ada parti tempatan atau parti Semenanjung. Maka seharusnya tidak ada kenyataan dikeluarkan yang menyinggung mana-mana perasaan walaupun parti itu berhajat semula untuk menjadi ketua menteri Sabah.”

Ditanya sama ada pendekatan itu akan menjadi model kerjasama BN pada PRU16, Zahid berkata setakat ini ia hanya bertumpu bagi PRN…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version