Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

BN tak ketepi komponen lain soal bahagi kerusi PRN, kata Zambry

today29 April 2023

Background


Setiausaha agung BN berkata sebarang perbincangan pembahagian kerusi atas persetujuan bersama parti komponen.

Setiausaha Agung BN Zambry Abdul Kadir memberi jaminan sebarang perundingan melibatkan kerusi akan dibincang bersama.

IPOH: Barisan Nasional (BN) tidak akan mengetepikan mana-mana parti gabungannya dalam soal pembahagian kerusi menjelang PRN.

Setiausaha Agung BN, Zambry Abdul Kadir, berkata sebarang perbincangan pembahagian kerusi adalah atas persetujuan bersama parti komponen BN.

“Semangat BN tetap kekal, sebarang perundingan melibatkan kerusi akan dibincang bersama.

“Dalam mesyuarat Dewan Tertinggi (BN) semalam juga mengambil ketetapan ia akan dibincang baik dengan gabungan BN atau PH (Pakatan Harapan),” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika hadir ke Majlis Sambutan Hari Raya anjuran Ahli Parlimen Ipoh Timor Howard Lee dan Adun Tebing Tinggi Aziz Bari.

Terdahulu, media melaporkan naib presiden MCA yang juga Ketua MCA Pulau Pinang Tan Teik Cheng,…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: BERNAMA


Previous post