Hot FM

BN tak tanding PRN Sarawak, kata Annuar



Annuar Musa berkata Barisan Nasional tidak akan bertanding di Sarawak kerana menyokong GPS dari dulu, kini dan selamanya.

PETALING JAYA: Barisan Nasional (BN) tidak akan bertanding pada pilihan raya negeri (PRN) Sarawak.

Perkara itu disahkan Ahli Parlimen Ketereh Annuar Musa yang juga bekas Setiausaha Agung BN.

“BN adalah rakan akrab kepada Gabungan Parti Sarawak (GPS) dan kita tidak akan menyaingi, menandingi atau menyertai pilihan raya Sarawak.

“Ini kerana kita sudah ada GPS yang kita tahu didukung kuat oleh rakyat Sarawak dan sebuah kerajaan yang sangat berprestasi tinggi. Jadi tidak ada sebab, walaupun ini agak aneh untuk pertama kali dalam sejarah pilihan raya sejak merdeka, BN tidak menyertai PRN,” katanya menurut laporan Utusan Borneo.

Terdahulu dalam ucapannya, Annuar yang juga Menteri Komunikasi dan Multimedia berkata, terdapat poster tersebar di laman sosial dengan mengaitkan beliau dan partinya (BN) akan bertanding pada PRN akan…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version