Site icon Hot FM

BN tiada masalah cari calon PRK Ayer Kuning, kata Zambry


Zambry Abd Kadir
Setiausaha Agung Barisan Nasional Zambry Abd Kadir berkata terdapat beberapa calon yang berkelayakan untuk Dun Ayer Kuning.

PETALING JAYA: Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN) Zambry Abd Kadir berkata BN tiada masalah untuk mencari calon yang sesuai bagi mewakili parti itu dalam PRK PRK Dun Ayer Kuning pada April ini.

Zambry berkata beberapa calon berpotensi sudah disenarai pendek dan akan dinilai sewajarnya oleh Pengerusi BN Zahid Hamidi bersama Menteri Besar Perak Saarani Mohamad yang juga pengerusi BN negeri, lapor Bernama.

“Pada asasnya BN tidak mempunyai masalah dari segi mencari calon yang sesuai kerana terdapat beberapa calon yang berkelayakan untuk Dun Ayer Kuning,” katanya di majlis Kembara Ramadan KPT 2025 di Universiti Sains Malaysia di Pulau Pinang.

Zambry yang juga menteri pengajian tinggi berkata BN tidak mengecualikan sesiapa dalam pemilihan calon termasuk dari golongan wanita, belia atau ahli jawatankuasa bahagian.

“Kita mahukan calon yang benar-benar boleh…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version