

Seorang pemimpin Pakatan Harapan (PH) Johor menafikan dakwaan wujud “tangan ghaib” sehingga menjejaskan hubungannya dengan Barisan Nasional (BN) di negeri itu.
Naib Pengerusi PKR Johor, Jimmy Puah, sebaliknya menjelaskan kerjasama dua gabungan itu sememangnya tidak menyeluruh, menyebabkan masing-masing membawa haluan dan strategi politik sendiri.
Beliau turut mendakwa kerajaan BN di Johor seolah-olah tidak menganggap PH sebagai rakan kerana tidak dilibatkan dalam pentadbiran negeri.
“Mengapa PH tidak dijemput untuk menyertai kerajaan negeri, selaras dengan semangat kerajaan perpaduan di pusat? Kalau kerajaan Melaka boleh jemput, mengapa Johor enggan? Padahal selepas PRN 2023, kerajaan Selangor juga tawar beberapa jawatan kepada Umno Selangor, kenapa kerajaan Johor tidak pernah?
“Bukan PH yang…