
Kerajaan melalui Bank Negara (BNM) akan memastikan pasaran kewangan kekal teratur dan sistem kewangan negara terus berdaya tahan dalam menghadapi ketidaktentuan global melalui pemantauan pasaran yang berterusan, menurut Kementerian Kewangan (MoF).
MoF berkata BNM melaksanakan pelbagai rangka kerja pengurusan risiko yang menyeluruh bagi memastikan kestabilan nilai ringgit serta daya tahan sistem kewangan negara.
Katanya, pergerakan ringgit terus ditentukan oleh pasaran.
“BNM tidak menyasarkan sebarang paras nilai ringgit. Tumpuan BNM adalah untuk memastikan nilai ringgit didagangkan dalam keadaan yang teratur.
“BNM akan terus memantau keadaan pasaran pertukaran asing domestik dan sentiasa bersedia mengambil langkah yang sewajarnya sekiranya terdapat pergerakan mata wang yang tidak teratur,” katanya dalam jawapan bertulis di laman sesawang Parlimen.
MoF menjawab soalan Senator Nik…