
PETALING JAYA: Seorang pakar ekonomi menyifatkan keputusan Bank Negara Malaysia (BNM) mengekalkan kadar dasar semalaman (OPR) pada 3% langkah tepat bagi memastikan pertumbuhan ekonomi dan melindungi kepentingan komuniti perniagaan.
Niaz Asadullah, felo bersekutu Pusat Penyelidikan Kesejahteraan Sosial Universiti Malaya, berkata bank pusat menunjukkan kesabaran dalam melindungi kepentingan komuniti perniagaan.

“Ini akan memastikan kos pinjaman rendah dan merangsang perbelanjaan pengguna. Kadar faedah rendah biasanya diterjemahkan dalam kadar gadai janji lebih rendah. Begitu juga, akses kredit lebih murah baik untuk perniagaan.”
Beliau berkata dengan adanya alat dasar alternatif seperti menggalakkan entiti berkaitan kerajaan mengembalikan pendapatan pelaburan asing mereka bagi mengukuhkan ringgit turut membantu memelihara ruang dasar…