
KUALA LUMPUR: Bank Negara Malaysia (BNM) mengenakan penalti monetari pentadbiran (AMP) sebanyak RM4.32 juta ke atas Malayan Banking Bhd dan Maybank Islamic Bhd serta RM760,000 terhadap CIMB Bank Bhd dan CIMB Islamic Bank Bhd susulan gangguan beberapa perkhidmatan perbankan berpanjangan.
Dalam penyata berasingan, bank pusat itu melaporkan Maybank membayar penalti penuh untuk AMP yang dikenakan pada 8 Ogos, manakala CIMB menjelaskan penaltinya pada 12 Ogos 2024.
“AMP itu dikenakan kerana ketidakpatuhan perenggan 48(1)(a) Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 (FSA) dan perenggan 58(1)(a) Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 (IFSA), bersama-sama dengan perenggan 10.32 Dokumen Dasar Pengurusan Risiko dalam Teknologi (RMiT),” kata BNM.
Di bawah perenggan 10.32 Dokumen Dasar RMiT, institusi kewangan perlu memastikan sistem kritikal yang relevan…