Seperti yang dijangka, filem animasi tempatan Ejen Ali The Movie terus meraih pencapaian yang cukup membanggakan.
Filem terbitan bersama Primeworks Studios dan WAU Animation itu berjaya meraih sebanyak 30 juta kutipan selepas 11 minggu ditayangkan di pawagam.
Lebih menariknya kali ini, filem berkenaan turut berjaya mengatasi BoboiBoy 2 yang sebelum ini meraih 29 juta tontonan.
Perkara itu disahkan menerusi laman Twitter rasmi Filem Kita yang dikemaskini pada 9 Mac 2020.
Kutipan akhir #EjenAliTheMovie yang diumumkan oleh Finas:
RM30,054,301.53
Dalam masa 11 minggu (77 hari) tayangan di pawagam Malaysia (28 Nov 2019 hingga 12 Feb 2020) pic.twitter.com/U10qZtBtQk
— FILEMKITA (@FilemKita) March 9, 2020
Menerusi bebenang ciapan itu juga turut disertakan senarai filem-filem Malaysia dengan jumlah kutipan.
Kutipan tertinggi di Malaysia:
1. Munafik2 – RM37.74 juta
2. Hantu Kak Limah – 36.23j
3. #EjenAliTheMovie – 30.05j
4. BoBoiBoy2 – 29.57j
5. Paskal – 28.98j
6. Upin Ipin KST – 26.20j
7. Abg Long Fadil 2 – 18.15j
8. Polis Evo – 17.74j
9. The Journey – 17.17j
10. Munafik – 17.04j
Sebelum ini, Ejen Ali The Movie bukan sahaja ditayangkan di Malaysia namun ia juga dipertontonkan di Indonesia.
Ejen Ali The Movie berkisar mengenai Ali, 12, direkrut menjadi perisik di Meta Advance Tactical Agency (MATA) yang berperanan melindungi kota futuristik Cyberaya daripada ancaman luar.
Konflik mula timbul apabila Ali mendapat tahu dia bukan satu-satunya ejen yang boleh mengawal gajet istimewa Infinity Retinal Intelligence System (IRIS).
Inovasi baharu itu dipersoalkan Ali apabila dia berasa terpinggir dan kedudukannya sebagai ejen istimewa MATA tergugat.
