
KUALA LUMPUR: Tindakan boikot kedai serbaneka KK Mart bertujuan sebagai pengajaran kepada sesiapa yang menyentuh isu sensitif melibatkan 3R (kaum, agama dan institusi raja), kata Ketua Pemuda Umno Dr Akmal Saleh.
Akmal berkata, masyarakat Melayu-Islam sudah jemu dengan salah laku yang tidak berkesudahan membabitkan agama mereka, diikuti permohonan maaf yang tidak bermakna.
Beliau berkata, KK Mart harus mempertimbangkan untuk menceburi perniagaan lain kerana beliau akan terus mendesak untuk memboikot rangkaian itu, supaya ia “dirasai oleh setiap lapisan masyarakat Malaysia”.
“Boikot ini bukan sahaja (pengajaran) untuk KK Mart. Boikot ini adalah pengajaran kepada mana-mana pihak yang cuba memainkan isu sensitif iaitu 3R,” katanya kepada pemberita pada majlis berbuka puasa Umno malam tadi.
“Melalui usaha boikot ini, kita…