
PETALING JAYA: Pelabur dalam saham Berjaya Food iaitu pemilik francais Starbucks Coffee di Malaysia dinasihatkan menjual saham mereka susulan boikot terhadapnya, menurut nota penyelidikan RHB Bank.
Nota itu turut menyebut ada penurunan saham sebanyak 24%.
“Ramalan kami untuk Berjaya Food kini berubah kepada berwaspada dan boikot berterusan terhadap Starbucks Coffee akan menjadi lebih lama daripada jangkaan awal kami jika tiada penyelesaian jangka pendek kepada konflik Israel-Hamas.
“Selain itu, pemulihan pasca boikot mungkin tidak mudah dan Berjaya Food mungkin memerlukan banyak usaha untuk mendapatkan semula bahagian pasarannya, memandangkan terdapat persaingan yang sengit,” kata bank itu dalam nota yang dilihat oleh FMT, sambil menambah bahawa…